Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para

makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di

kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan

TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

“Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari

qiamat?”

Maka jawabnya Rasulullah saw, “Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih

disebabkan oleh WUDHU’.”

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil

membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD

tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah

debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu

KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui

titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang

melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan

hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang

mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu

mati :

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika

mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda

Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang

berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu

kepada Malaikat Ridhwan : Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah

mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di

dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala

makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. Maka Malaikat Ridhwan

menyeru , wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum

baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan

berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan

buahan

dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi

daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin

maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana

yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

“Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang

telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.”

s0…………”aPakah sYurga tidak be9iTu m’giuRkan ba9imu ???”

sumber : tarbawionthemove